'Transit Killer Rat' inovasi hapus tikus - Sinar Harian@Organic-Pest-Control.com
Username: Password: No Account ? Sign Up Now



Organic Pest Control



Discussion Topics
Advion Cockroach Gel Bait Malaysia | Ant Killer Powder Malaysia | Ant Poison Malaysia | Ant Traps Malaysia | Anti Termite Treatment Price Malaysia | Ants Borax Malaysia | Bedbugs Repellent | Best Cockroach Bait | Bird Repellent Gel Malaysia | Cat Stain Remover Malaysia | Cockroach Repellent Malaysia | Get Rid Of Ants | Herbicide Malaysia | Mosquito Spray Malaysia | Natural Lizard Repellent | Natural Mosquito Repellent That Works | Natural Pesticides For Home | Organic Insecticide Spray | Pest Control Malaysia | Pest Treatment Malaysia | Pigeon Repellent Spray | Roundup Grass Killer | Sandfly Repellent | Spider Repellent | Termite Baiting System Cost Malaysia | Termite Control Services Malaysia | Termites Diy Malaysia | Ultrasonic Pest Repeller Malaysia | Weed Killer Malaysia | Where To Buy Bed Bugs Spray In Malaysia


'Transit Killer Rat' inovasi hapus tikus - Sinar Harian





'Transit Killer Rat' inovasi hapus tikus - Sinar Harian. Trafik lancar di lebuh raya utama malam ini. Syafik melihat tong 'Transit Killer Rat' yang merupakan inovasi KIK dari MPK untuk menghapus tikus. KUANTAN - Inovasi Transit Killer Rat mampu mengurangkan masalah pembiakan tikus yang menjadi isu perbandaran di seluruh negara. Inovasi ciptaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif UK'S Global daripada Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan Persekitaran, Majlis Perbandaran Kuantan boleh membantu Pihak Berkuasa Tempatan itu dalam memastikan persekitaran bandar ini bebas penyakit bawaan tikus. Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, menjadi tanggungjawab MPK untuk memastikan persekitaran bandar itu kekal bersih. "Kreativiti dan inovasi penting bagi mewujudkan persekitaran yang berdaya maju dan kompetitif agar dapat bersaing dalam dunia yang mencabar ini. "Apa yang kita perlukan adalah idea untuk dimanfaatkan oleh seluruh penduduk di negeri ini bersesuaian dengan kehendak mereka," katanya. Majlis Pelancaran 'Transit Killer Rat' ini telah disempurnakan Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Syafik Fauzan Sharif sempena Minggu Inovasi MPK di Dewan Jubli Perak di sini semalam. Syafik berkata, inovasi yang dihasilkan ini dapat merealisasikan transformasi kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat. Menurutnya, penciptaan 'Transit Killer Rat' diharap dapat mengurangkan masalah tikus yang banyak di kawasan perbandaran sekali gus membendung penularan penyakit melalui makhluk perosak tersebut. "Kita dapati mana-mana bandar di seluruh negeri, terutamanya berhampiran restoran dan premis makanan yang lain, pembiakan tikus semakin banyak. "Jika tidak dikecam, ia bukan sahaja membawa wabak malah menjejaskan aktiviti harian penduduk," katanya.

Selain itu, inovasi ini telah merangkul Anugerah Emas di Geneva, International Exhibition al Quran daripada kerajaan Arab Saudi dan menjadi Johan Konvensyen KIK Sektor Awam peringkat kebangsaan dalam kategori teknikal 2013. Transit Killer Rat ini juga telah menarik minat sektor swasta melalui Malaysia Association for the conservation Of Cretivity n Innovation dan telah menandatangani perjanjian dengan Commitment Fee berjumlah RM300,000. MPK juga menjadi PBT pertama yang ditawarkan pembelian hak cipta daripada syarikat swasta dan secara tidak langsung menjadi Kumpulan KIK pertama berjaya mengkomersialkan projek yang dihasilkan oleh ahli kumpulan ini. Www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang. Diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Lima hari kayuh basikal mahu raya dengan ibu. 'Lebih sudu dari kuah, kena batang hidung diam'.

Related Items
Farmer named national rat-killing champion | New Straits Times ...
SUBTERRANEAN TERMITE CONTROL PROGRAM Johor Kulai JB ...
Termite Control Bait Station Termite Control Bait Station Malaysia ...
Termite Control Treatment and Services in Malaysia ... - Pest Control
Termite Control Malaysia - One Stop Malaysia
Raid® Bed Bug Detector | Products | Raid® brand | SC Johnson
Capital K9 Bed Bug Solutions - 19 bilder & 27 anmeldelser ... - Yelp.no
King Kong Rat Killer @ Racun Tikut 180g
List of mammals of Malaysia - Wikipedia
If you smell a rat - TheEdgeProperty Malaysia
About Us | Tohtonku
Farnam Shop | Buy Farnam Online | Ubuy Malaysia
rat Meaning in the Cambridge English Dictionary
Rentokil Rodine Mouse And Rat Killer 150G - Groceries - Tesco ...

Popular Topics